Hari Keputeraan Agong 2012


Tuanku Abdul Halim menaiki takhta
Sungguh bijak mentadbir negara
Terkenal di seluruh nusantara
Adil saksama banding tiada

Tuanku Agong bersama Raja Permaisuri
Sepadan cantik berseri-seri
Bagai cincin pulang ke jari
Ditabal Putera kenduri dirai
Hidup aman damai sejati

Sungguh indah cantik dan menawan. Suatu suasana yang amat mengujakan setiap hadirin. Itulah keindahan
majlis doa selamat dan bacaan yassin bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, yang diadakan pada 31 Mei 2012 di Masjid Negara Kuala Lumpur. Tema warna gold/cream
menjadi pilihan utama buat baginda berdua.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan
Badlishah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, mencemar duli untuk
santapan DiRaja.

Baginda diiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
dan Datuk Seri Jamil Khir serta dif dif terhormat.