TERMA DAN SYARAT

FIRMAN KREATIF PHOTOGRAPHY

TERMA & SYARAT 
Kepada pelanggan yang dihormati, anda dinasihatkan supaya membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak FIRMAN KREATIF Photography. Setelah tempahan dibuat, bermakna anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat telah dinyatakan. 

Harga & Pakej 
Harga pakej adalah tetap. Harga pakej tidak termasuk caj luar kawasan (Kuala Lumpur & Selangor). Caj tambahan dikenakan sekiranya majlis di luar kawasan. Caj luar kawasan mengambil kira kos seperti petrol, jarak perjalanan, kadar tol semasa, & penginapan. 

Deposit & Pembayaran 
Pembayaran deposit tempahan tarikh majlis adalah sebanyak RM 200 adalah termasuk dalam pakej. Tempahan tanpa deposit tidak menjamin tempahan perkhidmatan. Baki pembayaran penuh pakej hendaklah dibuat selewat - lewatnya 7 hari sebelum majlis bermula. Boleh dibuat menerusi perbankan online atau mesin ATM. Pelanggan digalakkan menggunakan perbankan online utk memudahkan & mempercepatkan urusan. FIRMAN KREATIF Photography berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit. 

Jurufoto Bertugas 
Sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan, kematian, kecemasan, masalah kesihatan, kerosakan peralatan, faktor jarak & masa FIRMAN KREATIF Photography berhak menghantar mana-mana jurufoto untuk mengantikan KREW yang lain. 

Fotografi 
Semua koleksi gambar adalah hak milik FIRMAN KREATIF Photography & berhak menggunakan koleksi gambar yang di ambil bagi tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi. Tiada bayaran royalti kepada pelanggan ke atas gambar yang diplih bagi tujuan pengiklanan. FIRMAN KREATIF Photography boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk merakam perkahwinan pelanggan.

Persediaan & Penghantaran Album 
Tempoh menunggu album siap adalah 2 bulan dari hari sesi fotografi bermula. Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan. FIRMAN KREATIF Photography berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan. Penghantaran menerusi pos bergantung kepada keadaan semasa. 

Promosi/ Percuma
Promosi cuma sah diberikan kepada pelanggan yang telah menempah secara rasmi dengan deposit dalam tempoh promosi sahaja. Kami berhak menukar produk percuma kepada barang lain yang sama nilai jika tiada stok. Rekabentuk Album FIRMAN KREATIF Photography diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pelanggan dalam pemilihan gambar dan rekabentuk album. Pelanggan dibenarkan membuat pindaan kepada Design & Layout yang disediakan. Pindaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk satu muka surat.

No comments: