SAMBUTAN HARI PERKIM KE 51

Oleh : PEGAWAI PENERBITAN PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengadakan Majlis Sambutan Hari PERKIM bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam dan Masjid Negara Kuala Lumpur pada 8 Februari 2011 lalu.

Majlis ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengabadikan tanggal 8 Februari 1903 tarikh kelahiran Putera Diraja Negeri Kedah Darui Aman, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan kemudian di terima secara rasmi oleh Ahli Majlis Kebangsaan Perkim sebagai Hari Perkim.

Almarhum Tunku Abdul Rahman juga tercatat sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga "Bapa Perkim", Pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, di Jalan Tunku Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan negara Malaysia.

Majlis itu disempurnakan dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Yang Dipertua Perkim.

Kira-kira 500 orang memeriahkan majlis itu antaranya terdiri di kalangan saudara muslim, jabatan-jabatan kerajaan, swasta, korporat, NGO-NGO Islam, wakil-wakil diplomatik asing; Bangladesh, negara-negara benua Afrika, Timur Tengah, dan ahli-ahli Kelab Perkim Universiti Islam Antarabangsa cawangan Petaling Jaya (UIAPJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Turut hadir Naib-naib Yang Dipertua PERKIM, Ahli-ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Setiausaha Agung Kehormat, dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat serta anak-anak Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman.

Majlis diteruskan dengan solat fardhu Maghrib bacaan surah Yasin, tahlil, doa dan Isyak berjemaah yang diketuai imam Masjid Negara Kuala Lumpur, Ustaz Ahmad Naziz Lahori.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan bersurai. 

Firmankreatif (photography) membuat liputan untuk katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd bagi dimuatkan ke website www.warisanbaiduri.com.my

No comments: