reunion skkp 81-86

Alumni SKKP santuni sahabat lama yang uzur




Pada hari Ahad, 21hb Februari 2011, sekumpulan rakan-rakan alumni Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan (SKKP) membuat kunjungan ke pusat terapi Aisyah Nursing Home Care, Bukit Lanjang, untuk menziarahi saudara zulkifli Alwi yang mengidap penyakit strok sejak dua tahun.

Kunjungan dari rakan rakan bekas pelajar SKKP 81-86 disambut dengan tangisan kegembiraan oleh penghuni Aisyah Nursing Home Care.

Rentetan dari majlis reunion pada 17 Februari yang lalu, kutipan jualan amal untuk tabung saudara Zulkifli mencecah RM1000.00 (Satu ribu ringgit). Sumbangan tersebut diserahkan kepada isteri saudara Zulkifli. Penyerahan disempurnakan oleh Puan Mardziah Arsyad selaku penganjur bekas pelajar skkp 81-86.

Rombongan kami tiba pada jam 4 petang disambaut oleh penghuni rumah Aisyah Nursing Home Care. Antara yang hadir dalam majlis kunjungan tersebut antaranya ialah; Mohd Zaini Abas dan isteri, Ahmad Zaini, Halim Abd. Ghaffar, Halim Nordin, Nazri Manap, Suhaiza Sulaiman, Mardziah Arshad dan suami, Shahrul Izal, Kamru zamri Jamil, Edlin, Ayu, Anuar Aziz, dan lain-lain

Sudah lama dirundung keuzuran saudara Zulkifli tidak mampu berbicara. Namun pada kunjungan kami, terpancul nama "HALIM".

Inilah ungkapan yang terucap oleh saudara zulkifli apabila saudara Halim bertanyakan kepada beliau siapakah nama orang yang bertanya kepada beliau.

Namun kami juga ingin nama kami disebut, malangnya dengan fizikal sebegitu rupa agak sukar buat saudara Zulkifli. Beliau hanya boleh menyebut nama Halim tetapi tidak boleh menyebut nama nama kami.
Begitulah keadaan saudara Zulkifli ketika ini, sejak penyakit stok dihadapi hampir dua tahun.

Saudara Zulkifli amat memahami soalan-soalan yang diajukan namun beliau menjawab dengan bahasa isyarat sahaja menandakan amat faham soalan kami dan beliau juga boleh tertawa sedikit apabila saudara Halim mengingat kisah-kisah ketika beliau sihat.

Hampir dua jam kami di situ, dengan mengimbau kenangan silam bersama saudara Zulkifli.

Apa yang kami harapkan agar kesihatan beliau dapat sembuh seperti sedia kala penyeri kebahagiaan kepada keluarganya dan dapat bersama kami lagi menyambut tahun-tahun berikutnya.




REUNION SKKP 81-86 MERIAH


Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan telah  mengadakan Majlis Reunion buat julung julung kalinya diadakan  di  Hotel DePalma Ampang  Kuala Lumpur pada 15 Februari 2011 lalu bersempena hari keputraan Junjungan Besar Rasulullah SAW.

Majlis ini diadakan  bertujuan untuk mengenang kembali nostalgia yang telah mencecah 30 tahun perpisahan bekas pelajar SKKP, untuk bekas pelajar dari tahun 1981 hingga 1986 yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan, mengenang jasa para pendidik yang telah mengajar dan membimbing kami di SKKP dan membuat jualan amal untuk disumbangkan kepada saudara Zulkifli Alwi (bekas pelajar SKKP) yang mengidap strok bagi meringankan beban tanggungan beliau.

Reunion ini juga telah melakar sejarah untuk bekas pelajar SKKP yang julung kalinya diadakan yang dihadiri oleh Kira-kira 50 bekas pelajar dan beberapa bekas guru SKKP antaranya cikgu Azizah Akbar, Nor Aziah Daud,Abdul Razak Mohd yusof, Ustazah Siti Zawyah Ibrahim.

Majlis itu disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Cikgu Azizah Bt Akbar bekas guru Sek Kebangsaan Kampung Pandan Kuala Lumpur.


Didalam majlis tersebut  suasana amat meriah dengan celoteh, mengenang kisah lama, pelbagai jenis cerita dikisahkan semula tidak kering gusi dibuatnya dengan gelak ketawa oleh bekas pelajar SKKP

Acara pada majlis tersebut antaranya menyanyikan semula lagu sekolah yang telah lama tidak dinyanyikan, pemberian cenderahati untuk bekas guru SKKP, cabutan bertuah (yang tak dapat pun kene sakat), permainan berkumpulan, tanyangan slide gambar gambar kenangan di SKKP (mengimbau kenagan silam) menyakat kawan lama dan sesi bergambar

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada bekas pelajar SKKP yang sudi meluangkan masa sama hadir memeriahkan lagi majlis, pihak penganjur Nazri Manap, Halim Nordin, Mardziah & Ayu, pemberi sumbangan dan mereka yang tidak secara langsung kerana menjayakan majlis ini.

Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir jam 6 petang diakhiri dengan jamuan hi tea dan bersurai. 

Oleh: AhmadZaini

1 comment:

firmans photography said...

alhamdulillah setelah 30 tahun bertemu kembali